Jennie Blackpink kongsi swafoto tarik perhatian peminat

Gara-gara memuat naik 59 swafoto dalam masa 15 minit di Instagram, nama ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie Kim menjadi trending di Twitter.

Menerusi laporan Allkpop, peminat mula memperkatakan mengenai foto-foto tersebut dan ada segelintir mereka memuji setiap penampilan dan kecantikan Jennie.

“Kenapa, kenapa awak ini sangat cantik!

“Jennie boleh menggayakan apa-apa saja stail dan saya tidak mampu untuk menipu.

“Jennie awak seorang wanita sempurna, anda cantik dan berbakat,” komen beberapa peminat.

Boleh dikatakan setiap perkongsian Jennie mendapat lebih 4 juta tanda suka (like) dan paling tinggi 40,000 komen. – Agensi

Jennie muat naik sebanyak 59 swafoto dalam masa 15 minit menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial sehingga menjadi trending. – Agensi