Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jennie Blackpink kunjungi Masjid Besar Sheikh Zayed

    Jennie Blackpink menunjukkan cara mengimbangi kerja keras dengan keseronokan semasa lawatannya ke Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini. Dia bukan sahaja mengadakan jelajah konsert bersama Blackpink pada 30 Disember, dia juga memanfaatkan masa itu dengan mengembara ke beberapa tempat di Abu Dhabi.

    Dia berkongsi detik bahagia itu dalam hantarannya di Instagram, semalam dalam salah satu siarannya, penyanyi ‘solo’ itu menunjukkan dirinya di Masjid Besar Sheikh Zayed, Abu Dhabi.

    Berada di masjid, sudah tentu Jennie membetulkan gaya berpakai-annya. Dia memakai pakaian sopan dengan seluar labuh hitam bercorak coklat, dan dia memakai pashmina hitam untuk menutup rambutnya.

    Bukan sahaja foto dirinya, Jennie turut berkongsi beberapa potret seni bina masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu.

    “Menjelajah sambil melancong,” tulis Jennie sebagai kapsyen dalam instagramnya.

    Sambutan warganet terhadap gambar yang dimuat naik Jennie amat meriah. “Setiap orang Islam hanya akan mengucapkan Masya Allah,” kata salah seorang warganet.

    “Masya Allah tabarakallah,” jawab warganet lain. Selain masjid terkenal ini, Jennie melawat beberapa tempat lain di negara itu. Bermula dari Muzium Louvre Abu Dhabi, hingga merasakan pengalaman kepantasan Formula Rossa. Ia adalah roller coaster yang diramalkan terpantas di dunia.

    “Dan ya, kami akhirnya menaiki roller coaster terpantas di dunia,” tulis Jennie. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...