Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Jennie Blackpink rupa-rupanya BFF pelakon ‘Squid Game’ Jung Ho Yeon

    Mula dikenali sejak membintangi siri popular Squid Game, pelakon Jung Ho Yeon kini menjadi kegemaran peminat K-drama.

    Biarpun kali pertama berlakon, lakonan Jung Ho Yeon yang memegang watak sebagai Kang Sae Byeok mendapat pujian ramai.

    Menariknya tentang wanita berusia 27 tahun ini ialah dia mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie.

    Peminat bertambah teruja apabila Jung Ho Yeon turut memuat naik foto ketika Jennie datang ke set penggambaran drama bersiri di saluran berbayar Netflix itu.

    Sebelum ini, Jennie juga ada menghantar ‘coffee truck’ ke set penggambaran sebagai tanda memberi sokongan kepada rakan baiknya itu. – Agensi

    Gambar Jennie Blackpink bersama sahabat baiknya Jung Ho Yeon, pelakon ‘Squid Game’ – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -