Jennifer, Affleck kembali bercinta?

Penyanyi Jennifer Lopez kini dikatakan kembali menjalin cinta dengan bekas tunangnya, aktor Ben Affleck.

Kedua-duanya dilihat menghabiskan masa bersama di kediaman Jennifer, 52, di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Jennifer dan Ben, 49, sebelum ini pernah menjalinkan cinta pada 2002 sehingga membawa ke fasa pertunangan namun hubungan itu terlerai pada 2004.

“Mereka banyak menghabiskan masa bersama sejak kebelakangan ini.
“Kelihatannya seperti mereka masih lagi saling mencintai di antara satu sama lain,” kata sumber yang rapat dengan pasangan tersebut.

Penyanyi lagu On The Floor itu baru-baru ini baharu sahaja putus cinta dengan tunangnya, bekas pemain besbol profesional, Alex Rodriguez. – Agensi

Jennifer Lopez dan Ben Affleck sebelum ini pernah bercinta pada tahun 2002. – Agensi