Jennifer Lawrence bakal timang cahaya mata pertama

Tahniah buat pasangan selebriti Hollywood terkenal iaitu Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, Jennifer menerusi portal People! mengesahkan dia kini sedang hamil selepas dua tahun berkahwin.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan komen dan butiran lanjut mengenai kandungannya gagal apabila aktres itu tidak memberi sebarang respons.

Sehari selepas mengesahkan dirinya hamil, tular pula foto pelakon filem The Hunger Games ini sedang berjalan dan memperlihatkan bentuk ‘babybump’.

Jennifer mendirikan rumah tangga dengan Cooke yang juga pengarah muzium seni pada 2019 selepas lebih setahun bercinta. – Agensi

Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas dua tahun berkahwin. – Agensi