Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Lopez dikaitkan dengan bekas pemain bola keranjang

    PENYANYI Jennifer Lopez nampaknya sudah bertemu cinta baru selepas hubungannya bersama penyanyi rap Drake berakhir dengan perpisahan.

    Dipetik daripada E News melaporkan Jennifer kini sedang berkawan rapat dengan bekas pemain bola keranjang dari pasukan New York Yankees iaitu Alex Rodriguez.

    Bagaimanapun sumber memberitahu hubungan itu masih awal dan bukannya serius seperti disangkakan.

    “Masih terlalu awal untuk mengatakan mereka serius bercinta kerana ia lebih kepada hubungan terbuka,” kata sumber.

    Jennifer dan Alex dikatakan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.
    Jennifer dan Alex dikatakan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

    Pada Februari lalu, Alex dilaporkan hadir menyaksikan persembahan residen Jennifer di Planet Hollywood Resort & Casino di Las Vegas.

    Pasangan itu dikatakan sempat bertemu di belakang pentas dan kelihatan mesra selain sempat merakamkan gambar bersama.

    Mereka juga dikatakan pernah menghabiskan masa di Miami di mana Jennifer sedang dalam proses menyiapkan album terbarunya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda