Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jeon So Min berhenti Running Man?

    Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba pelakon Jeon So Min dikatakan bakal meninggalkan Running Man.

    Dakwaan itu berlaku selepas So Min berkongsi foto sebiji kek yang diterima daripada kakitangan Running Man sebagai hadiah.

    Coretan di atas kek yang membawakan ucapan “Terima kasih kerana menjadi Running Man untuk masa yang lama” menyebabkan warganet salah faham.

    Bagaimanapun, penerbit Running Man menyatakan kek tersebut hanyalah sebagai hadiah untuk menunjukkan sokongan kepada So Min selain melahirkan rasa terima kasih terhadapnya.

    Terdahulu, So Min baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kaki akibat patah tulang pada Januari lalu.

    Disebabkan itu, So Min tidak dapat hadir untuk beberapa episod Running Man. Untuk episod baru-baru ini juga, So Min dilihat hanya duduk di kerusi disebabkan kakinya.

    So Min telah menyertai Running Man pada tahun 2017 bersama pelawak, Yang Se Chan. – Agensi

    So Min telah menyertai Running Man pada tahun 2017 bersama pelawak, Yang Se Chan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...