Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Jeonbuk layak ke suku akhir ACL

SAITAMA, 18 OGOS – Kim Jin-gyu berjaya menjaringkan gol kemenangan minit akhir pada masa tambahan untuk membawa Jeonbuk Hyundai Motors ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Daegu FC, hari ini.

Pemain gantian, Kim membolosi gawang lawan pada minit ke-121 untuk menghadiahkan kemenangan buat juara dua kali, Jeonbuk.

Pusingan kalah mati bagi rantau Timur sudah bermula, dengan kesemua perlawanan diadakan di bandar Jepun, Saitama dan ditentukan melalui satu pusingan sahaja. Song Min-kyu meletakkan Jeonbuk di hadapan pada awal separuh masa kedua namun pemain Brazil, Zeca menyamakan kedudukan untuk Daegu FC 10 minit kemudian, gol peribadi ketujuh dalam kejohanan.

Daegu FC menuju ke perlawanan tersebut dalam keadaan kucar-kacir, di mana pengurus pasukan, Choi Won-kwon menggantikan Alexandre Gama selepas pengendali Brazil itu meletak jawatan berikutan siri keputusan kurang memuaskan.

Kedua-dua pasukan gagal memberikan sebarang ancaman pada separuh masa pertama namun perlawanan menjadi rancak 40 saat selepas babak kedua bersambung. Pemain sayap Jeonbuk, Han Kyo-won mengumpan pemain pertahanan Daeugu sebelum membuat hantaran lintang kemudian disudahkan oleh Song menerusi voli rendah.

Zeca menyamakan kedudukan buat Daegu 10 minit kemudian, berjaya melepaskan kawalan daripada pertahanan Jeonbuk untuk mengejar bola yang dihantar dan membuat rembatan melepasi gawang lawan.

Daegu mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan pada masa sebenar dan percubaan Lee Seung-gi dari Jeonbuk terkena tiang ketika masa tambahan bermula.

Rembatan ketua pasukan Jeonbuk, Kim Jin-su turut terkena palang namun Kim Jin-gyu akhirnya berjaya mencari gol pada masa tambahan. – AFP

Reaksi Kim Jin-yu (tengah) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan ketika menentang Daegu FC di saingan ACL, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -