TOKYO, 20 Jan – Jepun akan menjalankan latihan kajian minggu depan untuk mensimulasikan respons sekiranya berlaku pertempuran antara China dan Taiwan, kata media Jepun.
Pasukan Pertahanan itu akan menjalankan latihan bermula Isnin hingga Jumaat dengan penyertaan tentera Amerika Syarikat sebagai pemerhati, kata sumber kerajaan Jepun kepada Kyodo News.
Eksesais itu yang tidak melibatkan pengerahan tentera sebenar, menganggap yang AS dan Jepun bertindak balas kepada konflik tentera, kata Kyodo dalam laporannya kelmarin.
Jurucakap kementerian pertahanan Jepun enggan untuk memberi komen.
Kementerian luar negeri China berkata Jepun seharusnya tidak mencampuri apa yang digelarnya ‘hal ehwal dalaman’.
“Saya rasa ini mencerminkan yang beberapa orang di Jepun mempunyai mentaliti tertentu yang terakhir mereka mahukan adalah kestabilan dunia,” kata jurucakap wanita kementerian tersebut, Hua Chunying memberitahu taklimat berita di Beijing hari ini.
“Saya mahu menekankan bahawa isu Taiwan adalah hal ehwal dalaman China, dan kami berharap yang Jepun akan perlu berhati-hati dengan perkataan dan tindakannya….dan tidak melakukan sesuatu yang akan menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau itu.” – AFP