Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jepun anjur Liga Juara-Juara Asia AFC peringkat kalah mati

    KUALA LUMPUR, 20 JUN – Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Liga Juara-Juara Asia AFC pada tahun ini bagi perlawanan peringkat kalah mati untuk pasukan bola sepak di negara timur Asia, menurut Perbadanan Bola sepak Serantau, hari ini.

    Perlawanan kelompok 16 terakhir, suku akhir dan separuh akhir bagi Zon Timur akan diadakan pada Ogos ini menerusi perlawanan kalah mati, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola sepak Asia.

    Saitama, luar Tokyo, akan menghoskan perlawanan pusingan kalah mati pertama bagi negara Zon Timur. Sementara itu, Zon Barat pula yang kebanyakan kelab bola sepaknya adalah dari Timur Tengah, tidak akan beraksi dalam pusingan kalah mati hingga Februari 2023, di mana tempat perlawanan belum diumumkan.

    Pasukan dari Zon Timur di Korea Selatan akan menyaksikan Daegu FC menentang pencabar sengit mereka iaitu Jeonbuk Motors dan dari Thailand, Pathum United akan menentang kelab Kitchee dari Hong Kong.

    Kejohanan tersebut juga akan menyaksikan perlawanan dari Jepun sendiri, Andres Iniesta dari Vissel Kobe yang akan menentang Yokohama F. Marino, manakala Johor Darul Ta’zim dari Malaysia akan berdepan kelab Jepun yang lain iaitu Urawa Red Diamonds. Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Zon Timur dan Barat sehingga masuk ke perlawanan akhir, di mana perlawanan separuh akhir itu akan berlangsung pada Februari tahun hadapan.

    Sementara itu, sekatan koronavirus di seluruh negara Asia dan persiapan Qatar untuk menghoskan Piala Dunia pada November dan Disember telah menyebabkan jadual AFC yang sepatutnya diadakan pada Januari mengakibatkan peringkat akhir Liga Juara-Juara Asia 2022 ditangguhkan sehingga tahun hadapan. – AFP

    Perlawanan bagi Liga Juara-Juara Asia AFC pada tahun ini dihoskan oleh Jepun dengan beberapa peringkat perlawanan iaitu kelompok 16 terakhir, suku akhir dan separuh akhir sebelum perlawanan akhir yang dijadualkan pada tahun hadapan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...