Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Jepun, Australia tandatangan perjanjian

-

TOKYO, 6 JAN – Jepun dan Australia hari ini menandatangani perjanjian untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan bagi menyumbang kepada kestabilan rantau ketika China mengembangkan pengaruh ketenteraan serta ekonominya.

Walaupun Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, tidak menyebut Beijing secara langsung menerusi kenyataan yang dikeluarkan sejurus majlis tandatangan itu, perjanjian terbabit dilihat sebagai tindakan menyuarakan kebimbangan terhadap China.

Menjelang sidang maya bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida, Morrison menyifatkan perjanjian itu sebagai komitmen dua negara untuk bekerjasama dalam mendepani cabaran keselamatan strategik bagi mempertahankan kestabilan Indo-Pasifik.

“Perjanjian ini buat pertama kali menjelaskan rangka kerja memperkasakan kerjasama dan meningkat inter-operability antara dua pasukan keselamatan.

“Kerjasama ini juga mencerminkan nilai kebersamaan, komitmen ke arah demokrasi dan hak asasi manusia serta kepentingan bersama di rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan berdaya tahan,” katanya.

Jepun, Australia bersama AS dan India tergolong dalam kumpulan yang bekerjasama membina pakatan dalam menghadapi kehadiran pengaruh China yang semakin meningkat di seluruh Asia, termasuk ancamannya terhadap garisan sempadan perairan antarabangsa. – AFP

Perdana Menteri Scott Morrison (kiri) bercakap dengan Duta Jepun ke Australia, Shingo Yamagami (tengah) selepas sidang kemuncak bersama Perdana Menteri Jepun di Canberra pada 6 Januari. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -