Jepun bakal dilanda dua lagi taufan

TOKYO, 21 OKT – Jepun kini sedang bersiap sedia bagi dua lagi taufan yang menuju ke negara itu seminggu selepas taufan membinasakan bahagian tengah dan utaranya.

Agensi meteorologi menyatakan hari ini bahawa taufan tropika kini berada di pesisir selatan pulau utama Shikoku, Jepun. Ia menuju ke timur laut membawa angin kencang 108kmsj. Menurut agensi itu, taufan itu boleh membawa hujan sehingga 300mm di tengah Jepun menjelang malam Selasa.

Satu lagi taufan dijangka melanda selatan Jepun minggu ini. Taufan Hagibis yang membadai Jepun awal bulan ini, meragut nyawa sekurang-kurangnya 70 orang dan 12 lagi masih hilang. Agensi berita Jepun, Kyodo meletakkan jumlah kematian 81 orang. – AP