Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jepun bakal lucutkan status Rusia

    TOKYO, 16 MAC – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berhasrat melucutkan status ‘destinasi pelaburan terbaik’ Rusia, lapor Sputnik.

    Menurut sumber, keputusan berhubung pembatalan status itu mungkin diumumkan pada Rabu, setelah mengambil kira pendirian negara anggota G7, lapor stesen penyiaran NHK Jepun.

    Pada minggu lepas, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri mengeluarkan senarai 57 produk eksport Rusia yang akan diharamkan berkuat kuasa 18 Mac.

    Senarai itu merangkumi 31 barangan harian, dan 26 produk teknologi, termasuk perisian. Pada 24 Februari, Presiden Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di timur Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...