Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun bantah tindakan China

    TOKYO, 11 Jan – Jepun hari ini mengemukakan satu bantahan rasmi dengan China, selepas ia terjumpa friget China di perairan yang mengelilingi pulau di Laut China Timur, pencerobohan pertama seumpama itu dalam lebih satu tahun.

    Timbalan menteri hal ehwal luar negeri Jepun Shinsuke Sugiyama mengarahkan duta China Cheng Yonghua supaya menyuarakan kebimbangan Tokyo, tatkala kedua-dua negara besar Asia itu mengkaji dengan teliti cara-cara untuk meredakan ketegangan dua hala, dirumitkan oleh kempen nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

    Sugiyama “mengeluarkan satu bantahan dengan meluahkan kebimbangan serius dan meminta China supaya jangan campur tangan dengan gagasan untuk mempertingkatkan hubungan Jepun-China,” kata kementerian luar negeri dalam satu kenyataan di Tokyo.

    Kapal tentera laut Jepun terjumpau friget kelas II Jiangkai seberat 4,000 tan pada kira-kira pukul 11:00 pagi di perairan sekitar pulau kecil yang ditadbir oleh Tokyo, digelar Senkaku di Jepun dan juga dituntut sebagai pulau Diaoyu oleh China.

    Di Beijing, jurucakap kementerian luar Lu Kang memberitahu satu taklimat akhbar bahawa “kapal tentera laut China menjalankan pengintipan aktiviti Jepun” dan mengulang tuntutan China ke atas pulau berkenaan.

    Kapal pengawal pantai China membuat rondaan berdekatan Pulau Senkaku di Jepun dan dituntut oleh China sebagai Pulau Diaoyu. – AFP

    Jurucakap kementerian pertahanan Jepun Go Yamaguchi memberitahu AFP sebuah kapal selam yang tidak diketahui negaranya juga telah ditemui memasuki perairan di luar pulau yang dipertikaikan itu.

    “Kami sedang mengawasi kapal tersebut dan menghantar mesej kepada mereka bahawa mereka telah memasuki perairan bersempadan berhampiran wilayah Jepun,” kata Yamaguchi.

    Perairan bersempadan adalah kawasan 12-batu nautikal yang menjangkau ke luar perairan wilayah. Di bawah undang-undang antarabangsa, mereka bukan kawasan mana-mana negara, walaupun kuasa residen mempunyai hak terhad tertentu.

    Pegawai itu memberitahu AFP bahawa ia adalah pencerobohan pertama seumpama itu sejak Jun 2016. Kapal perang dan kapal selam telah meninggalkan perairan pada tengah hari, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

    Jepun sedang mengawasi kapal selam tersebut, tetapi akan mengelak daripada mengeluarkan butiran termasuk identitinya, beritahu Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga pada taklimat biasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda