Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun batal misi roket mini

    TOKYO, 15 Jan – Agensi angkasa lepas Jepun hari ini membatalkan misi untuk menggunakan roket mini untuk membawa satelit ke orbit selepas kapal angkasa lepas berhenti menghantar data ke pusat kawalan darat sejurus selepas pelancaran.

    Roket SS-520, yang mempunyai saiz sebesar tiang elektrik, berlepas pada pukul 8:33 pagi ke langit di Pusat Angkasa Lepas Uchinoura di selatan wilayah Kagoshima.

    Roket itu, dianggap sebagai salah satu unit terkecil di dunia yang berupaya menghantar satelit ke angkasa lepas, sedang membawa satelit pengawasan “TRICOM-1” seberat tiga kilogram.

    Namun pegawai membatalkan misi beberapa minit selepas pelancaran setelah agensi angkasa lepas berhenti menerima data daripada roket selepas pelancaran.

    Media tempatan berkata data berhenti muncul 20 saat selepas pelancaran.

    Roket mini SS-520 bawa satelit mini untuk memantau permukaan Bumi semasa dilancarkan dari Pusat Angkasa Uchinoura, Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun di Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun pada 15 Januari. – AFP
    Roket mini SS-520 bawa satelit mini untuk memantau permukaan Bumi semasa dilancarkan dari Pusat Angkasa Uchinoura, Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun di Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun pada 15 Januari. – AFP

    “Peringkat pertama penerbangan roket berjalan seperti dirancang. Bagaimanapun, kami gagal menerima data daripada unit ketika ia meneruskan penerbangan,” kata agensi dalam satu kenyataan.

    Roket kemudian terjatuh ke bumi, mendarat di kawasan keselamatan yang ditetapkan di perairan di luar pantai tenggara Jepun, menurut pegawai.

    Agensi angkasa lepas negara dijangka memberikan butir-butir yang lebih terperinci mengenai ciri-ciri kemalangan apabila lebih banyak maklumat diterima. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda