Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Jepun batal semua tempahan penerbangan

-

TOKYO, 1 DIS – Jepun telah menggantung semua tempahan penerbangan baharu dalam negara mulai hari ini sebagai respons terhadap Omicron, tidak menghirau amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke atas larangan perjalanan menyeluruh ketika strain koronavirus baharu menular di seluruh dunia.

Brazil melaporkan kes pertama Omicron di Latin Amerika, yang telah mendorong puluhan negara mengenakan sekatan perjalanan sama – kebanyakannya menyasarkan negara Afrika Selatan.

“Kami telah meminta syarikat pe-nerbangan membatalkan semua tempahan penerbangan masuk baharu selama satu bulan mulai 1 Disember,” beritahu pegawai kementerian pengangkutan Jepun kepada AFP, menambah tempahan yang sedia ada tidak akan terjejas.

Jepun mengesahkan kes Omicron pertamanya semalam, dan telah telah pun memperketat langkah kawalan sempadannya.

Pihak berkuasa Jepun mengumumkan hari ini mereka telah mengesan jangkitan kedua strain baharu dalam seorang penumpang yang tiba, kali ini dalam individu yang tiba dari Peru.

Kerajaan di kawasan lain di Asia juga mempertingkat kawalan hari ini, dengan Indonesia menambah Hong Kong dan Malaysia menyenaraikan Malawi dalam senarai larangan perjalanan mereka.

Hong Kong meletakkan Jepun, Portugal dan Sweden dalam kategori sekatan perjalanan tertinggi selepas penemuan Omicron di sana. – AFP

Balai ketibaan antarabangsa kelihatan lengang di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Narita, timur Tokyo pada 29 November 2021. Syarikat penerbangan antarabangsa diminta berhenti menerima tempahan baharu untuk semua penerbangan yang tiba di Jepun sehingga akhir Disember. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -