Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun berhasrat luaskan jualan peralatan tentera

    MAKUHARI, Jepun, 12 Jun – Seorang pegawai pertahanan Jepun berkata hari ini Jepun berhasrat untuk menambah jualan peralatan tenteranya ke negara Asia Tenggara di tengah ketegangan yang meningkat dengan China dan Korea Utara.

    Tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menambah peranan tentera Jepun dan jualan peralatan pertahanannya, terutamanya di Asia Tenggara, di mana China telah menambah jualan senjatanya sendiri.

    Hideaki Watanabe, ketua Agensi Pemerolehan Teknologi dan Logistik Kementerian Pertahanan, berkata Jepun akan mengadakan satu mesyuarat pada Khamis dengan pegawai pertahanan dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara untuk membincang perkongsian peralatan dan teknologi.

    Beliau bercakap pada hari ini pada satu pameran senjata antarabangsa berhampiran Tokyo yang dihadiri oleh beratus pegawai pertahanan dan pemimpin industri dari seluruh dunia.

    Watanabe berkata terdapatnya usaha agresif oleh negara-negara dalam beberapa tahun ini untuk mengubah status quo, dalam rujukan kepada pembinaan pulau tiruan oleh China di kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

    “Adalah penting untuk mengekal laut yang terbuka dan stabil di bawah kedaulatan undang-undang,” kata beliau. “Memastikan keselamatan pelayaran dan penerbangan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran Jepun dan masyarakat antarabangsa. Penyelidikan dan pembangunan peralatan pertahanan yang berkualiti oleh Jepun menyumbang kepada pertahanan Jepun dan tempat lain.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda