Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Jepun beri amaran peningkatan ketegangan global

    TOKYO, 22 JULAI – Jepun memberi amaran peningkatan ancaman keselamatan negara termasuk kesan perang Rusia di Ukraine dan ketegangan China dengan Taiwan dalam kertas pertahanan tahunan yang diterbitkan hari ini, ketika Jepun cuba meningkatkan kebolehan dan perbelanjaan tenteranya.

    Kertas putih pertahanan tahunan, yang diluluskan oleh kabinet Perdana Menteri, Fumio Kishida hari ini, menekankan keperluan untuk meningkatkan keupayaan tentera Jepun bagi menangani kebimbangan keselamatan dan untuk meraih sokongan awam bagi meningkatkan kemampuan dan belanjawan tentera, yang parti pemerintah Kishida sasarkan untuk menggandakannya dalam beberapa tahun akan datang.

    Laporan diterbitkan beberapa bulan menjelang pengemaskinian strategi keselamatan kebangsaan Jepun.

    China, Rusia dan Korea Utara menjadi kebimbangan keselamatan utama Jepun dalam laporan setebal 500 muka itu.

    Menteri Pertahanan, Nobuo Kishi, dalam kenyataannya yang tertulis dalam laporan, berkata rantau Indo-Pasifik adalah ‘pusat’ persaingan strategik antarabangsa. – AP

    Kereta kebal milik tentera Jepun melakukan latihan di Kem Minami Eniwa, Jepun.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...