Jepun beri amaran serangan di Asia Tenggara

TOKYO, 13 SEPT – Kementerian Luar Jepun hari ini menggesa warganya untuk menghindari kemudahan agama dan perkumpulan awam di enam buah negara Asia Tenggara, memberi amaran kemungkinan serangan.

Kementerian itu mengatakan ia mendapat maklumat ‘terdapat risiko tinggi seperti pengeboman nekad. Amaran itu adalah untuk warganya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Amaran itu bagaimanapun membingungkan beberapa buah negara terbabit, termasuk Thailand, Filipina dan Malaysia yang mengatakan mereka tidak mengetahui sebarang ancaman seumpamanya atau perincian dari Jepun mengenai sumber maklumatnya. – AFP