Jepun beri bantuan

TOKYO, 17 APRIL Jepun akan menawarkan wang tunai berjumlah 100,000 yen (AS$930) kepada semua penduduk, umum Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini, ketika kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu berdepan pandemik COVID-19.

“Kami akan segera menguruskan pemberian wang tunai kepada semua rakyat,” kata Abe di televisyen, ketika mengumumkan perkara itu.

Perancangan awal untuk memberikan peruntukan berjumlah tiga kali ganda lebih banyak kepada semua isi rumah, yang menyaksikan pendapatan dipotong dibatalkan, dan Abe memohon maaf atas semua kekeliruan itu. – AFP