Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Jepun berkas tiga guru terlibat kes dera di tadika

TOKYO, 5 DIS – Polis telah memberkas tiga orang guru di sebuah tadika di tengah Jepun kerana disyaki sering mendera kanak-kanak, termasuk memukul kepala, menterbalik dan menggoncangkan serta mengunci mereka dalam bilik air, dalam satu kes yang mencetuskan kemarahan dan dakwaan menyembunyikan kes itu.

Polis wilayah Shizuoka mengatakan mereka telah memberkas tiga orang wanita pada Ahad kerana disyaki mendera sekurang-kurangnya tiga orang kanak-kanak pada Jun di sekolah tadika di bandar Susono di kaki Gunung Fuji.

Datuk Bandar Susono, Harukaze Murata memberitahu wartawan hari ini bahawa dia telah memfailkan aduan jenayah ke atas pengarah sekolah, Toshihiko Sakurai kerana menyembunyikan kes tersebut. Dia menggesa polis meluaskan siasatan mereka.

Dalam satu kes pada Jun, guru-guru dituduh menterbalikkan dan menggoncangkan seorang kanak-kanak lelaki. Seorang lagi guru menuding muka seorang kanak-kanak perempuan manakala seorang lagi guru menampar kepala budak lelaki lain.

Penangkapan dibuat susulan penggeledahan polis pada Sabtu di sekolah swasta itu atas respons terhadap pendedahan pihak berkuasa bandar itu minggu lalu mengenai 15 dakwaan penderaan antara Jun dan Ogos.

Keputusan siasatan dalaman menunjukkan tiga orang guru sering mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka, termasuk menampar muka dan kepala, memaksa mereka menangis, mengancam dengan pisau, mendera kanak-kanak itu secara lisan dengan gelaran ‘hodoh’ dan ‘gemuk’ serta mengunci mereka dalam tandas atau bilik stor, menurut pihak berkuasa bandar tersebut.

Tiga guru itu, kesemuanya berusia 30an, dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa layanan mereka ke atas kanak-kanak itu adalah satu bentuk ‘disiplin’. Manakala pengarah sekolah mengatakan dia meminta guru-guru menandatangani dokumen perjanjian mendiamkan perkara itu untuk melindungi privasi mereka yang terlibat. Dia bagaimanapun menafikan menyembunyikan penderaan itu.

Bandar itu juga berhadapan kritikan kerana tidak mengambil tindakan menyiasat kes itu selama lebih tiga bulan sejak pendedahan pertama mengenainya dibuat, menekankan ada yang ‘tidak betul’ di sekolah itu pada pertengahan Ogos.

Murata mengatakan dia memandang serius kritikan itu dan akan memotong dua bulan gajinya serta menghukum tiga pegawai kanan. – AP

Penyiasat polis membawa kotak berisi dokumen di sekolah tadika Sakura di Susono, tengah Jepun, kelmarin. Tiga orang guru telah diberkas kerana kes penderaan di sekolah tersebut, menurut polis. – AP
Datuk Bandar Susono (kiri) dan timbalannya tunduk semasa sidang media mengenai kes penderaan di bandar itu. –AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -