Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Jepun bersedia hadapi taufan Hinnamnor

-

TOKYO, 30 OGOS – Agensi kaji cuaca Jepun hari ini berkata taufan Hinnamnor ‘yang sangat kuat’ sedang menghampiri beberapa buah kawasan terpencil di pulau-pulau bahagian selatan, memberikan amaran kepada penduduk tempatan untuk berlindung sebelum ia menjadi terlalu berbahaya.

Malam ini, taufan berada di perairan Pasifik di selatan Jepun, 340 kilometer timur-timur laut Pulau Minami Daito, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Taufan itu membawa angin berkelajuan sehingga 252 kilometer sejam (kmsj), dan bergerak menuju barat dengan kelajuan 30 kmsj serta dijangka akan mendatangkan ancaman ke atas pulau-pulau bermula malam esok hingga Jumaat.

Beberapa buah pulau terpencil yang mempunyai hanya beberapa ratus orang penduduk, namun rantau itu secara keseluruhannya mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk, dan tanah besar Okinawa menempatkan sebahagian besar pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jepun.

Agensi kaji cuaca menjangkakan ribut akan bertambah kuat hingga mencecah kategori ‘kencang’ bermula malam esok, dengan kelajuan angin sehingga 270 kmsj.

Intensiti angin bermula esok mungkin menyebabkan ‘beberapa buah rumah roboh’, menurut unit agensi kaji cuaca kebangsaan Okinawa, dengan hujan dan ombak kuat diramal. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -