Jepun buat tawaran besar dalam kontrak HSR
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Jepun membuat tawaran secara besar-besaran untuk kontrak Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), projek infrastruktur terbesar di Asia Tenggara. Pendekatan pakej Jepun itu adalah sangat menyeluruh, dengan teknologi terbaik HSR berasaskan sistem kereta api laju terkemuka di dunia, Shinkansen, selain pemindahan teknologi menyeluruh dan pembangunan vendor tempatan untuk memberi


































