Jepun bubar parlimen

TOKYO, 14 OKT – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Oktober selepas parlimen negara itu dibubarkan hari ini, lapor Agensi Berita Xinhua.

Penggal empat tahun ahli Parlimen Dewan Rakyat tamat pada 21 Oktober.
Dalam era selepas perang, buat kali pertama pilihan raya umum Jepun diadakan selepas tempoh penggal berakhir. Tempoh masa antara pembubaran parlimen dan hari pengundian juga adalah yang paling singkat. Pada 29 September lepas, Fumio Kishida memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan dipilih menjadi perdana menteri baharu pada 4 Oktober.

Kishida mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat pada pilihan raya umum kali ini menerusi dasarnya untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik dan memperkasa tindak balas COVID-19. – Bernama