Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Jepun bukan pasukan cap ayam

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Jepun sekali lagi mencipta kejutan setelah berjaya menewaskan Sepanyol dalam perlawanan peringkat kumpulan E dengan keputusan akhir 2-1.

Sebelum itu, pasukan matahari terbit tersebut mengejutkan pasukan gergasi dunia, Jerman juga dengan keputusan yang sama. Apa yang menariknya adalah kedua-dua perlawanan yang dimenangi Jepun berlaku selepas pasukan itu ketinggalan satu gol. Dengan kesungguhan dan kecekalan pemain Jepun, mereka akhirnya dapat menewaskan kedua-dua pasukan hebat dari Eropah.

Jerman yang memenangi perlawanan ketiga peringkat kumpulan E menentang Costa Rica pada awal pagi tadi walau bagaimanapun terpaksa berputih mata setelah tersingkir pada Piala Dunia kali ini. Meskipun mempunyai pungutan mata yang sama dengan Sepanyol, Jerman tersingkir disebabkan perbezaan gol antara kedua-dua buah pasukan itu.

Ini merupakan kali pertama Jepun berada di puncak dalam peringkat kumpulan sejak Piala Dunia 2002. Jepun juga menjadi pasukan ketiga dalam sejarah Piala Dunia yang tewas pada babak pertama namun kembali bangkit untuk memenangi perlawanan seperti yang berlaku kepada Brazil pada tahun 1938 dan Jerman pada tahun 1970.

Sepanyol mendahului pada separuh masa pertama menerusi Alvaro Borja Morata Martin sebelum disusuli dengan kebangkitan dramatik Jepun pada separuh masa kedua susulan jaringan pemain sayapnya, Ritsu Doan pada minit ke-48 dan diikuti dengan jaringan oleh pemain bahagian tengah Jepun, Ao Tanaka pada minit ke-51.

Jepun yang mara ke pusingan 16 terakhir akan berhadapan Croatia pada 5 Disember.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -