Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Jepun Cadang lombong kontroversi jadi warisan dunia

    TOKYO, 1 FEB – Jepun meminta pengiktirafan daripada Warisan Dunia UNESCO bagi rangkaian perlombongan berabad-abad lamanya hari ini, menurut kerajaan, memberikan semula risiko ketegangan politik dengan Korea Selatan mengenai buruh paksaan pada waktu peperangan.

    Kompleks lombong emas dan perak yang kontroversi terletak di tengah pulau Sado, Jepun, sejak 400 tahun dan pernah menjadi lombong terbesar seumpamanya di dunia, menurut pihak berkuasa di wilayah pesisiran di mana ia terletak.

    Tetapi lebih 1,000 warga Korea dipaksa menjadi buruh di lombong berkenaan semasa penjajahan Jepun 1910 hingga 1945 di semenanjung Korea, menurut Seoul, yang meluahkan ‘kekesalan amat mendalam’ mengenai rancangan untuk meminta pengiktirafan UNESCO.

    Ahli kabinet Jepun hari ini bersetuju untuk cadangan tapak itu kepada badan kebudayaan UNESCO sebelum penghujung hari ini, tarikh akhir bagi cadangan senarai 2023.

    Kompleks perlombongan yang sangat terpelihara, memulakan operasinya pada kurun ke-17 dan ditutup tiga dekad lalu, “adalah sangat bernilai tinggi kerana ia adalah contoh jarang bagi warisan perindustrian,” kata jurucakap bagi pegawai tinggi kerajaan, Hirokazu Matsuno memberitahu wartawan.

    “Walau bagaimanapun, kita semua menyedari bahawa meskipun ia bernilai tinggi, terdapat beberapa perkara masih dalam perbincangan” mengenai permohonan itu, tambahnya.

    “Kami akan mengadakan perbincangan dengan penuh berhati-hati dengan negara-negara yang bimbang, termasuk Korea Selatan, bagi memastikan nilai yang lebih baik bagi lombong emas Sado sebagai tapak warisan kebudayaan yang dihargai.”

    Pada Jumaat, selepas Perdana Menteri, Fumio Kishida mengumumkan rancangan untuk membuat bidaan UNESCO, kerajaan Korea Selatan meluahkan ‘kekesalan amat mendalam’ dan memanggil kedutaan Jepun dalam bantahan.

    Jepun dan Korea Selatan kedua-duanya merupakan demokratik, pasaran ekonomi dan sekutu Amerika Syarikat, tetapi hubungan mereka renggang selama berdekad-dekad disebabkan oleh kezaliman sewaktu jajahan Jepun ke atas semenanjung Korea.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...