Jepun cari lima kru kapal terbalik

TOKYO, 3 MAC – Pengawal pantai Jepun sedang mencari lima ahli kru yang hilang dari bot nelayan China yang terbalik berhampiran sempadan yang berbalah, hari ini.

Sebuah kapal peronda dihantar selepas menerima panggilan kecemasan kelmarin melihat kapal Shen Lian Cheng 707 seberat 105 tan kira-kira 330 kilometer utara pulau Ishigaki, di bahagian selatan berhampiran Senkakus yang dikawal Jepun.

Lima daripada 10 ahli kru diselamatkan kelmarin oleh sebuah lagi bot China yang melintasi perairan tersebut, menurut pengawal pantai Jepun, memetik maklumat diberikan pihak berkuasa maritim China.

Kapal rondaan Jepun masih mencari lima lagi mereka yang hilang. Aktiviti dan perjalanan serta punca kapal terbalik masih belum diketahui.- AP