TOKYO, 19 Feb – Jepun mencatatkan defisit perdagangan bulan lalu, angka negatif pertama dalam lapan bulan, memandangkan pengimportan bahan api fosil melebihi hasil eksport, menurut data yang dikeluarkan kerajaan hari ini.
Ekonomi ketiga terbesar dunia itu mencatatkan defisit perdagangan kira-kira 943 bilion yen bulan lalu, yang pertama sejak bulan Mei tahun lepas, menurut kementerian kewangan negara itu.
Sementara itu, pasaran dijangka mengalami defisit sebanyak 1.02 trilion yen. Manakala, nilai eksport meningkat kepada 12.2 peratus kepada 6.086 trilion akan tetapi nilai import turut mengalami peningkatan kepada 7.9 peratus kepada 7.029 trilion yen.
Pada kadar purata, nilai yen 3.4 peratus lebih tinggi berbanding dolar, berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Namun begitu, kos terhadap pengimportan minyak mentah, produk perubatan dan gas asli cecair meningkat apabila jumlah dagangan barangan itu meningkat, menurut kementerian yang sama.
Lebih banyak dagangan Jepun yang sensitif secara politik dengan Amerika Syarikat menyusut kepada 12.3 peratus ke atas peningkatan import gas asli cecair, bahan kimia organik dan produk perubatan.
Selama berdekad-dekad, kedua-dua negara berjuang untuk mengatasi aliran perdagangan mereka, akan tetapi imbangannya semakin kurang menjadi isu terhangat di bawah pentadbiran Amerika Syarikat, di mana dagangan dari China menjadi kekhuatiran terbesar terhadap Washington. – AFP