TOKYO, 18 Feb – Pembacaan tapak tangan mungkin membawa makna baru dengan ciptaan baru dari Jepun iaitu monitor dan paparan nipis yang boleh melekat terus pada badan.
Peranti seperti plaster hanya setebal satu milimeter dan boleh mengawasi data penting kesihatan dan juga menghantar dan menerima pesanan ringkas termasuklah Emoji.
Takao Someya, professor Universiti Tokyo yang mencipta peranti ini, membayangkannya sebagai rahmat bagi para profesional perubatan yang mempunyai pesakit-pesakit yang terlantar di katil dan terpencil, dan juga keluarga yang tinggal jauh dari anggota keluarga mereka.
“Dengan benda ini, malah dalam keadaan penjagaan di rumah, anda boleh membuat perkongsian data perubatan dengan doktor anda, yang kemudian akan dapat berhubung balik dengan para pesakit mereka,” dia memberitahu AFP.
Ditempel pada tapak tangan atau belakang tangan ia boleh mengeluarkan peringatan kepada para pesakit untuk mengambil ubat mereka atau malah membolehkan cucu-cucu untuk berhubung dengan datuk nenek mereka.
Someya berkata, “Letakkan paparan pada kulit anda dan anak akan membuatkan mereka seolah-olah sebahagian badan anda. Apabila ada pesanan dihantar pada tangan anda, anda akan merasakan kedekatan beremosi dengan yang menghantar pesanan ringkas itu.”
“Saya berpendapat datuk yang menerima pesanan ‘Saya sayang anda’ dari cucunya, mereka akan merasa kehangatan itu juga.”
Ciptaan boleh terbukti berguna sekali di Jepun ketika usia penduduk semakin ramai meningkat tua, menggantikan keperluan bagi pemeriksaan langsung, dengan memberikan pemantauan keadaan sakit secara luaran dan berterusan. – AFP