Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jepun dan NATO bersatu hadapi ancaman

    TOKYO, 31 JAN – Jepun dan NATO kekal bersatu padu dalam menghadapi ancaman keselamatan yang ditimbulkan oleh China, Korea Utara dan Rusia di Ukraine, kata Jens Stoltenberg hari ini di Tokyo.

    Setiausaha agung perikatan tentera Eropah dan Amerika Utara, Stoltenberg memberi amaran Beijing sedang memerhatikan perkembangan di Ukraine dan ini mungkin mempengaruhi keputusannya untuk masa depan”.

    Beliau bercakap bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida selepas mengadakan perbincangan sebagai sebahagian daripada lawatan ke Asia bertujuan untuk meningkatkan hubungan dengan sekutu demokratik.

    Stoltenberg dan Kishida berkata mereka bimbang dengan peningkatan kerjasama yang dilihat antara China dan Rusia. – AFP

    Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg (kiri) dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berjabat tangan selepas mengadakan taklimat media bersama. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...