Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, EU umum pakatan pertahanan baharu

    TOKYO, 1 NOV – Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengumumkan pakatan keselamatan baharu di mana menurut media tempatan akan merangkumi lebih banyak latihan ketenteraan bersama, dialog peringkat kanan dan kerjasama industri pertahanan.

    Ketua dasar luar EU, Josep Borrell, akan bertemu rakan sejawatannya dari Jepun Takeshi Iwaya, yang memberitahu pemberita minggu ini pakatan itu hadir ketika Jepun dan EU menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin mencabar.

    Selepas perbincangan Tokyo, Borrell akan pergi ke Korea Selatan, di mana kebimbangan mengenai Korea Utara akan menjadi agenda utama.

    Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) telah berkata beribu-ribu tentera Korea Utara berada di Rusia telah bersedia untuk berperang di Ukraine.

    Pyongyang juga menguji satu peluru berpandu terbaharu dan paling berkuasa kelmarin, menunjukkan ancamannya terhadap AS beberapa hari menjelang pilihan raya.

    “Lawatan saya ke dua daripada rakan kongsi terdekat di Indo-Pasifik adalah peristiwa penting dalam usaha kami sejak lima tahun lalu untuk mengukuhkan penglibatan aktif EU,” kata Borrell dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Kami telah memperoleh pensejajaran dalam isu geopolitik dan memperkembangkan nilai yang dikongsi bersama,” katanya. – AFP

    Borrell (kiri) dan Iwaya semasa bercakap selepas majlis menandatangani perjanjian di Rumah Tamu Iikura di Tokyo pada 1 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda