Jepun hadapi kesukaran bekerja dari rumah

TOKYO – Apabila kerajaan Jepun mengumumkan perintah darurat untuk mengekang penularan koronavirus awal bulan ini dan meminta orang ramai untuk bekerja dari rumah, dan menyebabkan ramai orang membanjiri kedai-kedai elektronik.

Ramai penduduk Jepun kekurangan peralatan asas yang diperlukan untuk bekerja dari rumah. Bertentangan dengan imej Jepun yang sangat moden dengan robot, kehebatan reka bentuk dan peralatan gajet yang banyak, dalam banyak aspek negara itu berdepan dengan cabaran teknologi.

Tetapi cabaran lebih besar adalah budaya korporat Jepun, kata para pakar. Pejabat masih lagi bergantung pada mesin faks daripada menggunakan e-mel. Kebanyakan rumah tidak mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi, dan dokumen sering dicap sendiri dengan cap yang dipanggil ‘hanko,’ yang menjadi tandatangan. Jadi kebanyakan orang Jepun tidak boleh bekerja dari rumah, sekurang-kurangnya bukan setiap masa.

Satu tinjauan oleh YouGov, penyelidik pasaran dari Britain, mendapati hanya 18 peratus dari mereka yang ditinjau baru-baru ini dapat mengelak perjalanan ke sekolah atau bekerja, walaupun 80 peratus orang Jepun tidak takut dijangkiti virus.

Di India, hampir 70 peratus dari mereka yang ditinjau tinggal di rumah. Di AS, kira-kira 30 peratus, menurut YouGov.

Apabila kerajaan Jepun mengumumkan perintah darurat pada awal bulan April dan meminta orang ramai bekerja dari rumah, kedai elektronik telah dikerumuni ramai orang. Penduduk Jepun kekurangan keperluan asas untuk membuat kerja dari rumah. – Agensi
Pejabat-pejabat di Jepun masih lagi bergantung pada mesin faks daripada menggunakan e-mel dan kebanyakan rumah tidak mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi. Di Jepun sangat sukar untuk mendapatkan pejabat tanpa mesin faks. – Agensi
Kekurangan sistem IT yang terkini bermakna Jepun ketinggalan dalam mengamalkan amalan pekerjaan yang fleksibel, peraturan pejabat, cara pengurusan dan kelakuan terhadap kerja jarak jauh. Ia adalah satu faktor menyumbang kepada produktiviti pekerjaan yang agak rendah. – AP

Satu faktor, kata YuriTazawa, seorang pelapor ‘kerja telekomunikasi’ di Jepun, atau bekerja dari rumah, adalah pekerja Jepun sering tidak mempunyai pekerjaan yang jelas seperti yang dilakukan oelh orang Amerika, jadi syarikat mengharapkan kakitangan sentiasa berkomunikasi sesama mereka, bekerja sebagai satu pasukan.

“Tetapi ini berkaitan antara hidup dan mati bagi pekerja dan keluarga mereka,” kata Tazawa, presiden Koperasi Pengurusan Telework. “Kami perlu segera bekerja dari rumah.”

Tazawa menawarkan kursus dalam talian mengenai cara segera melakukan pekerjaan dari rumah hanya menggunakan telefon bimbit, jika komputer persendirian tidak ada. Dia menggelar pendekatan itu sebagai ‘pejabat awam hipotesis’.

Tidak seperti perjumpaan Zoom, di mana pekerja daftar keluar dan masuk untuk perbincangan, dia mencadangkan menggunakan Zoom hanya untuk sambungan suara, mengekalkannya sepanjang hari bekerja supaya pekerja yang kebiasaannya mengongsikan di pejabat boleh merasa seperti mereka berada di dalam bilik yang sama.

“Kerja telekomunikasi adalah sangat penting dalam mencegah koronavirus,” kata Tazawa.

Beberapa buah syarikat besar Jepun, seperti Toyota Motor Corp dan Sony Corp, sudah mengumumkan polisi bekerja dari rumah. Masalah utama adalah perniagaan kecil dan sederhana yang merangkumi 70 peratus dari ekonomi.

Nicholas Benes, pakar koperat kerajaan yang menawarkan seminar internet yang diadakan secara percuma ke atas telekomunikasi pekerja untuk Jepun, berkata kadar minat mengejutkan sangat rendah.

Kekurangan sistem IT yang terkini bermakna Jepun ketinggalan dalam mengamalkan amalan pekerjaan yang fleksibel, peraturan pejabat, cara pengurusan dan kelakuan terhadap kerja jarak jauh. Ia adalah satu faktor menyumbang kepada produktiviti pekerjaan yang agak rendah.

“Komunikasi pekerjaan memerlukan pengurus untuk mempercayai dan memberikan lebih banyak kuasa membuat keputusan kepada pekerja kerana ia mengambil terlalu banyak masa dalam e-mel atau Skype untuk disemak bersama ketua,” kata Benes, Ketua lembaga Pengurusan Institusi Latihan Jepun, pengurusan dan latihan kerajaan.

Syarikat-syarikat masih bergantung pada interaksi berhadapan, atau boleh ‘mengambil udara’, Benes berkata, menggunakan ungkapan vernakular.

Kemudian wujud mesin faks

Satu pertiga isi rumah penduduk Jepun mempunyai mesin faks, menurut kajian dari kerajaan. Ia sangat jarang ditemui pejabat tanpa mesin faks, melainkan ia adalah syarikat yang berunsurkan futuristik seperti SoftBank yang telah meninggalkan budaya lama itu. Banyak institusi terkemuka menghindari e-mel dan berkeras meminta maklumat atau dokumentasi lain melalui faks sahaja.

Oleh sebab bilangan jangkitan koronavirus semakin bertambah, kereta api komuter bandar hanya sedikit kurang sesak dari keadaan biasa yang penuh dengan kesesakan.

Futoshi Takami, seorang ‘pegawai bergaji,’ seperti yang disebut pekerja Jepun, mengatakan dia perlu bekerja dari pejabat hingga pertengahan April, ketika dia akhirnya diberitahu dibenarkan bekerja dari rumah. Tetapi setakat ini, dia diberi sedikit arahan mengenai apa yang sepatutnya dilakukan. Dia mungkin akan diarahkan untuk mengambil beberapa kelas dalam talian, katanya.

Takami, yang bekerja di syarikat yang tidak didedahkan, berkata dia berkira-kira mengenai tempat kerjanya yang kelihatan lebih mementingkan nilai peraturan dari kehidupan seseorang.

“Saya akan meluangkan masa untuk memikirkan apa sebenarnya yang ingin saya lakukan dengan hidup saya,” katanya. – AP