KANZAKI, JEPUN, 15 OGOS – Jepun berdepan hujan lebat selanjutnya hari ini ketika para penyelamat meredah banjir dan tanah runtuh selepas hujan mencatat rekod telah mengorbankan kira-kira enam orang.
Penduduk pulang untuk memeriksa rumah mereka yang disaluti lumpur di barat daya negara itu, di mana hampir dua juta orang digesa untuk mencari perlindungan kelmarin ketika puluhan sungai dilimpahi.
Hujan mulai berkurangan di rantau yang dilanda teruk hari ini, dengan agensi kaji cuaca mengurangkan amaran daripada peringkat tertinggi, namun lebih banyak hujan berlaku dijangka bermula malam.
“Adanya kemungkinan hujan lebat dan ekstrem akan terus berlaku di kebanyakan kawasan di seluruh negara,” kata Perdana Menteri Yoshihide Suga semasa mesyuarat kabinet kecemasan.
“Disebabkan banyak menerima hujan, tanah di kebanyakan kawasan menjadi lembik, dan bencana skala besar mungkin boleh terjadi pada bila-bila masa,” katanya, menasihatkan penduduk untuk meningkatkan waspada dan tinggal di tempat perlindungan.
Saintis berkata perubahan iklim semakin meningkatkan risiko hujan lebat di Jepun dan di mana-mana, kerana atmosfera hangat menampung lebih banyak air.
Hujan menyebabkan paras air mencapai ketinggian satu meter direkodkan sejak empat hari lalu di Ureshino, sebuah bandar di wilayah Saga. Bandar sama yang merekodkan 3.3 meter hujan pada keseluruhan tahun 2020 dan 2.3 meter pada 2019.
Menurut pegawai bandar Saikai di wilayah Nagasaki kepada AFP, Hironori Fujiki, dua wanita berusia 70an disahkan meninggal dunia selepas mangsa ditemui dalam saliran terusan.
Amaran tanah runtuh juga telah dikeluarkan di 372 perbandaran seluruh Jepun selepas 44 dikesan – suku daripadanya di Nagasaki – kata kementerian tanah. – AFP
