Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Jepun harapkan bantuan Saudi stabilkan pasaran minyak

    MOSCOW, 13 SEPT – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menerusi panggilan telefon dan menggesa Arab Saudi memainkan peranan utama dalam menstabilkan pasaran minyak, menurut Kementerian Luar Jepun pada Isnin.

    Kedua-dua pihak membincangkan ketidaktentuan bekalan minyak dan permintaan yang tinggi akibat konflik di Ukraine, lapor Sputnik, memetik kenyataan kementerian.

    “Perdana Menteri Kishida menyuarakan harapannya agar Arab Saudi memainkan peranan utama dalam menstabilkan pasaran minyak mentah, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menggalakkan kerjasama dalam menstabilkan pasaran minyak serta ke arah merealisasikan negara bebas karbon melalui penggunaan dan promosi tenaga lestari,” menurut kenyataan itu.

    Kishida berkata bahawa Jepun amat mementingkan hubungan dengan Arab Saudi sebagai rakan strategik, kerana negara itu memainkan peranan utama dalam kalangan negara Arab dan Islam, serta kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengukuhkan perkongsian dua hala, termasuk mengadakan mesyuarat sidang kemuncak yang aktif, menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...