Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, India kukuhkan hubungan

    TOKYO, 28 Okt – Pemimpin Jepun dan India mengukuhkan semula hubungan kedua-dua buah negara di tengah-tengah timbulnya kebimbangan mengenai kestabilan perdagangan dan rantau.

    Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba kelmarin dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di kawasan peranginan berhampiran Gunung Fuji hari ini.

    Modi juga mengadakan lawatan loji pembuat robot Jepun terbesar yang berhampiran, Fanuc. Hubungan bersama China menjadi isu utama yang dikongsikan antara Modi dan Abe di mana kerjasama mereka mungkin akan menyimbangi pengaruh China di wilayah serantau dan ketenteraan.

    “Kerjasama India-Jepun mengalami perubahan dan ia telah mengukuhkan kerjasama sejagat dan strategik istimewa,” beritahu Modi kepada Kyodo News.

    “Tidak ada berunsur negatif tetapi hanya peluang di dalam hubungan ini yang menunggu untuk dicapai.”

    Modi memilih Jepun antara negara pertama untuk dilawat selepas mengambil alih kuasa empat tahun lalu. Beliau menyeru negara-negara di rantau Indo-Pasifik untuk bersatu menentang tekanan rentas sempadan dan fahaman perlindungan.

    India dan Jepun juga akan mengadakan latihan ketenteraan gabungan pertama yang melibatkan tentera darat, bermula bulan depan. Abe baharu sahaja kembali dari China, di mana beliau bertemu Presiden Xi Jinping dan bersetuju, kedua-dua buah negara berkongsi kepentingan dan kebimbangan.” – AP

    Narendra Modi (kiri) dan Shinzo Abe (kanan) berjabat tangan semasa mengadakan pertemuan di perkampungan Yamanakako. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda