Jepun isytihar darurat seluruh negara

TOKYO, 16 APRIL – Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19, lapor Xinhua.

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.

Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.  – Bernama