Jepun keluarkan pasport vaksin untuk pengembara

TOKYO, 17 JUN – Jepun berkata hari ini ia akan menjadikan pasport vaksin diperolehi bermula bulan depan bagi para pengembara Jepun ketika kerajaan di seluruh dunia masih lagi bereksperimen dengan pelbagai cara untuk melancarkan semula perjalanan pelancongan dan perniagaan.

“Kami sedang bersedia untuk mengeluarkan sijil vaksinasi kepada mereka yang memerlukannya…apabila mereka berkunjung ke negara-negara luar,” jurucakap tertinggi kerajaan, Katsunobu Kato memberitahu wartawan.

Sijil itu akan dikeluarkan dalam bentuk kertas berbanding digital dan akan dikeluarkan oleh kerajaan kemungkinan bulan depan, katanya.

Kesatuan Eropah sedang mengusahakan pasport vaksin digital pada musim panas ini oleh itu ia boleh mengalu-alukan semula pelancong dan beberapa negara-negara EU merancang untuk memperkenalkan sijil itu pada tahap nasional.

Versi EU akan bercirikan maklumat sama ada seseorang itu sudah divaskin atau dijangkiti virus, diuji negatif dan pulih. – AFP