Jepun kesal keputusan Korea S

TOKYO, 23 OGOS – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata keputusan Korea Selatan untuk membatalkan perjanjian untuk berkongsi perisikan tentera merosakkan kepercayaan bersama, dan beliau hari ini berikrar untuk bekerja rapat dengan Amerika Syarikat (AS) untuk keamanan serantau.

Abe juga menuduh Seoul tidak mematuhi perjanjian yang lalu. Perjanjian ketenteraan bermula pada tahun 2016.

“Kami akan terus membuat penyelarasan dengan AS untuk memastikan keamanan dan kemakmuran serantau, serta keselamatan Jepun,” katanya, menjelang perjalanannya untuk pertemuan Kumpulan Tujuh (G7) Negara-negara industri di Perancis.

Korea Selatan meng-umumkan kelmarin bahawa ia akan menamatkan perjanjian perisikan berikutan keputusan Tokyo untuk menurunkan status perdagangan utama Korea Selatan, sekali gus menyebabkan per-ubahan dalam kerjasama keamanan di antara ne-gara-negara terbabit.

Pegawai kanan presiden Korea Selatan, Kim Hyun-chong hari ini secara tegas mempertahankan keputusan kerajaannya.

Beliau memberitahu pemberita bahawa “tidak ada lagi alasan” bagi Seoul untuk mengekalkan perjanjian itu tatkala dakwaan Jepun bahawa kepercayaan asas antara negara-negara telah terjejas.

Korea Selatan telah menuduh Jepun melakukan perdagangan senjata dan menghukumnya atas pertikaian yang dikaitkan dengan pemerintahan kolonial kejam Jepun di Semenanjung Korea dari tahun 1910 hingga 1945.

Jepun bagaimanapun menafikan sebarang kaitan mengenainya.

Kim menuduh Jepun tidak mengendahkan seruan berulang Korea Selatan untuk dialog dan langkah perdamaian lain untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan dan sejarah. – AFP