Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun laksana hukuman gantung, pertama sejak 2019

    TOKYO, 21 DIS – Jepun melaksanakan hukuman gantung ke atas tiga banduan, yang pertama sejak Disember 2019, dengan kerajaan menegaskan ia perlu dilakukan untuk mengekalkan hukuman mati ketika negara itu terus berdepan ‘jenayah kejam.’

    Hukuman mati itu adalah yang pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Fumio Kishida, yang memegang jawatan itu Oktober lalu selepas memenangi pilihan raya.

    Banduan yang dihukum gantung hari ini termasuklah Yasutaka Fujishiro, 65, yang menggunakan tukul dan pisau untuk membunuh ibu saudaranya yang berusia 80 tahun, dua sepupu dan empat lagi yang lain dalam 2004, menurut jurucakap kementerian kehakiman memberitahu AFP.

    Dua lagi yang lain ialah Tomoaki Takanezawa, 54, yang membunuh dua orang kerani di arked permainan dalam 2003 dan rakan subahatnya, Mitsunori Onogawa, 44.

    Ketika ini, terdapat seramai 100 banduan menunggu hukuman mati di Jepun, antara negara maju yang masih mempunyai hukuman mati.

    Sokongan awam terhadap hukuman mati kekal tinggi walaupun mendapat kritikan antarabangsa, termasuk daripada kumpulan hak asasi manusia.

    Negara itu menghukum mati tiga banduan pada 2019 dan 15 orang pada 2018 – termasuk 13 daripada kumpulan Aum Shinrikyo yang melakukan serangan gas sarin membawa maut di stesen kereta api bawah tanah di Tokyo pada 1995. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda