Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun lancar satelit pengintip baru

    TOKYO, 17 Mac – Jepun melancarkan satelit pengintip baru hari ini, kata agensi angkasa lepas negara, ketika rantau itu semakin bertambah tidak senang berhubung program peluru berpandu Korea Utara.

    Unit Radar 5 telah dibawa ke ruang angkasa pada roket utama H-2A Jepun dari tempat pelancar di barat daya negara itu.

    Ia bermaksud untuk menggantikan satelit yang ada yang tidak lama lagi akan menamatkan misinya.

    Jepun mula meletakkan satelit pengintipnya ke orbit pada 2003 selepas Korea Utara menembakkan peluru berpandu balistik jarak pertengahan ke tanah besar Jepun dan ke barat Pasifik pada 1998.

    Ancaman itu dilihat semakin memuncak dengan hanya minggu lepas Pyongyang menembakkan empat peluru berpandu balistik dengan tiga mendarat dekat dengan Jepun.

    Roket H-2A Jepun berlepas dari pelancarnya untuk membawa satelit pengumpul maklumat, Radar 5 ke orbit di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di Pulau Tanegashima, wilayah Kagoshima pada 17 Mac. – AFP
    Roket H-2A Jepun berlepas dari pelancarnya untuk membawa satelit pengumpul maklumat, Radar 5 ke orbit di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di Pulau Tanegashima, wilayah Kagoshima pada 17 Mac. – AFP

    Tokyo pada masa ini mengekalkan tiga satelit optiknya untuk pengawasan di siang hari dan tiga satelit radar bagi pemantauan waktu malam. Dua lagi sebagai sokongan.

    Satelit baru itu akan menggantikan salah satu daripada tiga satelit radar yang dilancarkan pada 2011.

    Satelit itu secara rasminya bagi ‘mengumpulkan maklumat’ – ungkapan lebih halus bagi pengintipan – namun juga digunakan untuk memantau kemusnahan ekoran bencana alam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda