Jepun lanjutkan perintah darurat virus sehingga hujung bulan

TOKYO, 9 SEPT – Jepun hari ini mengumumkan pelanjutan darurat koronavirus di Tokyo dan 18 lagi kawasan sehingga hujung bulan September ketika sistem penjagaan kesihatannya terus terbeban, meskipun jangkitan baharu sudah pun agak reda.

Darurat semasa yang sepatutnya berakhir pada Ahad ini, dikeluarkan buat pertama kali di Okinawa dalam Mei dan beransur-ansur diperluaskan. Di sebalik darurat berpanjangan, langkah-langkah sukarela menjadi kurang berkesan ketika orang awam yang keletihan, semakin mengabaikannya.

Perdana Menteri Yoshihide Suga mengatakan kes-kes serius kekal tinggi dan masih membebankan banyak hospital. Beliau menyeru orang ramai untuk bekerja dari rumah dan mengamalkan langkah-langkah penjarakan fizikal lain ‘agar kita dapat kembali kepada kehidupan selamat dan makmur,’ Pelanjutan akan meliputi tempoh peralihan kerajaan Jepun. Suga sudah pun mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya 29 September ini bagi kepimpinan partinya dan penggantinya dalam pilihan raya itu kemungkinan besar akan menjadi perdana menteri seterusnya.

Kerajaannya berdepan kritikan demi kritikan kerana langkah-langkah virus yang dilihat terlalu perlahan dan kecil yang tidak berkesan serta menganjurkan Olimpik di sebalik bantahan awam semasa pandemik melanda. – AP