Jepun lanjutkan perintah kecemasan di Tokyo

TOKYO, 5 MAC – Jepun akan melanjutkan perintah kecemasan virus di kawasan Tokyo selama dua minggu, kata pegawai hari ini, kurang lima bulan sebelum Olimpik Tokyo, yang dibatalkan akibat pandemik tahun lalu.

Keputusan itu dibuat ketika Moderna memfailkan kelulusan vaksin COVID-19 di Jepun, menjadi firma perubatan ketiga utama yang berbuat demikian, menurut rakan kongsi pengedarannya, Takeda.

Pfizer/BioNTech setakat ini satu-satunya vaksin yang diluluskan bagi kegunaan di Jepun, yang mengambil pendekatan berhati-hati dalam kempen inokulasinya, dilancarkan dalam cara terhad bulan lalu.

Di sebalik peningkatan jangkitan pada musim dingin, Jepun menyaksikan penularan lebih kecil keseluruhan dengan hanya 8,000 kematian dan mengelak melaksanakan perintah berkurung menyeluruh yang dilihat di negara-negara lain.

Perintah kecemasannya hanya terpakai bagi penutupan bar dan restoran bermula 8 malam, sudah pun dibatalkan di beberapa kawasan lain.

Jurucakap tertinggi kerajaan, KatsunobuKato mengatakan perintah kecemasan akan diteruskan di Tokyo dan tiga kawasan sekitarnya sehingga 21 Mac – empat hari sebelum larian obor Olimpik di seluruh negara bermula berhampiran Fukushima. – AFP