Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Jepun longgar kawalan sempadan 7 September

    TOKYO, 24 OGOS – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida hari ini mengumumkan rancangan untuk melonggarkan kawalan sempadan mulai awal September dengan membatalkan keperluan untuk ujian pra-berlepas COVID-19 bagi pengembara yang telah menerima sekurang-kurangnya tiga dos vaksin, selain meningkatkan kemasukan harian seawal bulan depan.

    Jepun yang telah mengenakan beberapa langkah ketat, pada masa ini mengehendaki keputusan ujian PCR negatif dalam tempoh 72 jam selepas berlepas untuk semua pengunjung, satu amalan yang dikritik sebagai rumit.

    Kishida, selepas mengadakan pertemuan maya dengan menteri kerajaan dan penasihat perubatan awal hari ini, memberitahu wartawan pada sidang media dalam talian bahawa pengunjung yang telah menerima satu vaksin penggalak boleh mengetepikan ujian pra-masuk mulai 7 September.

    “Kami bercadang untuk melonggarkan kawalan sempadan secara beransur-ansur untuk membolehkan prosedur kemasukan selancar yang mungkin seperti negara Kumpulan Tujuh yang lain,” kata Kishida dari kediaman rasminya yang masih mengasingkan diri selepas disahkan positif COVID, Ahad lalu. – AP

    Orang ramai memakai pelitup muka di lobi ketibaan lapangan terbang Haneda, Tokyo pada 23 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...