Jepun luaskan darurat, pertimbang denda

TOKYO, 17 OGOS – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga secara rasminya memperluaskan dan melanjutkan darurat koronavirus negara itu hari ini, ketika penasihat kerajaan merekomenkan perubahan undang-undang yang akan membenarkan denda bagi pelanggaran koronavirus.

Langkah itu diluluskan oleh sebuah jawatankuasa khas kerajaan, menambah tujuh lagi wilayah kepada enam kawasan di bawah perintah darurat dan melanjutkannya sehingga 12 September.

Sebanyak 10 lagi wilayah lain diletakkan di bawah perintah ‘kuasi-darurat’ yang sebelumnya merangkumi enam wilayah, membawakan dua pertiga dari wilayah negara itu dalam darurat ketika jangkitan COVID-19 menular ke seluruh negara, menurut Suga.

Hospital sudah pun terbeban dan sebahagian orang yang sangat sakit terpaksa ditolak. Lebih daripada 15,000 orang disahkan mati akibat koronavirus. Kerajaan mengambil pendekatan mengelak langkah-langkah wajib atau perintah berkurung, namun beberapa pakar dan pengkritik mempersoalkan sama ada langkah-langkah sukarela mencukupi. Penasihat tertinggi perubatan negara, Shigeru Omi mengatakan jawatankuasa khas juga mempertimbangkan perubahan undang-undang yang perlu melalui denda atau mengisytiharkan perintah berkurung.

“Kita setakat ini bergantung dengan meminta orang ramai mengehadkan aktiviti mereka, dan mungkin itu tidak mencukupi untuk menangani situasi ini,” katanya memberitahu wartawan. – AP

Orang ramaimemakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada penularan korona virus semasa berjalan di Tokyo. Jepun meluaskan lagi perintah darurat ketujuh wilayah, kelmarin. –AP