Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Jepun luluskan bajet cecah rekod AS$317b

-

TOKYO, 20 DIS – Parlimen Jepun hari ini meluluskan satu rekod bajet tambahan hampir 36 trilion yen (AS$317 bilion) bagi tahun fiskal hingga Mac dalam usahanya membantu isi rumah dan perniagaan yang terjejas pandemik.

Bajet itu sebahagian besarnya adalah untuk membiayai langkah-langkah COVID-19, termasuk vaksin suntikan penggalak dan ubat oral. Ia juga termasuklah pembayaran tunai bagi keluarga yang mempunyai anak dan satu kempen promosi bagi industri pelancongan yang terjejas teruk, yang pengkritik gelar ‘gula-gula’ untuk rakyat.

Perdana Menteri Fumio Kishida mengatakan bajet tambahan itu dihasratkan dapat menghidupkan semula ekonomi yang belum lagi pulih sepenuhnya daripada pandemik dan untuk mencapai pertumbuhan lebih kukuh serta pengagihan kekayaan sama rata di bawah dasarnya yang digelar ‘new capitalism.’

Di bawah Kishida, kerajaan mengenakan sekatan sempadan bagi mengurangkan kes-kes virus terutamanya varian mudah merebak, Omicron selepas berjaya mengurangkan tahap jangkitan mendadak dalam masa beberapa bulan kebelakangan. – AP

Kishida semasa membentangkan bajet tambahan di parlimen Jepun. –AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -