Jepun mahu jadi perantara Iran- AS

TOKYO 9 DIS – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini berkata, negaranya sedang mengatur kunjungan daripada Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam usahanya menjadi perantara menyelesaikan kebuntuan nuklear Iran dan Amerika Syarikat (AS), punca ketegangan di Timur Tengah.

Jepun dan AS merupakan sekutu tradisional dan mempunyai hubungan persahabatan bersama Iran. Jepun sedang mencari jalan penyelesaian sebagai perantara AS dan Iran, satu peranan yang juga diharap oleh masyarakat antarabangsa daripadanya. Beliau tidak memberikan butiran mengenai lawatan tersebut. Media setempat melaporkan ia akan dijadualkan pada hujung bulan ini, sebelum atau selepas Rouhani mengadakan lawatan ke Malaysia untuk menghadiri persidangan pemimpin-pemimpin Islam.

Ketegangan meningkat antara Tehran dan AS berlaku tahun lepas setelah Presiden AS Donald Trump membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada perjanjian nuklear Iran 2015 dengan kuasa dunia

Abe yang telah membina hubungan mesra bersama Trump, membuat lawatan ke Iran pada Jun lalu namun tidak berjaya merangsang rundingan bagi mengurangkan ketegangan antara Iran dan AS.

Sekatan yang dikenakan oleh AS ke Iran untuk melarang penjualan minyak mentah di luar negara telah melumpuhkan ekonominya, dan Tehran secara beransur-ansur mengurangkan komitmennya terhadap perjanjian nuklear.

“Jepun akan melakukan yang terbaik untuk meredakan ketegangan di rantau ini dan mencuba untuk menstabilkan situasi melalui usaha berterusan untuk mengadakan dialog,” kata Abe. – AP