Jepun pamer semula patung kontroversi

TOKYO, 8 OKT – Pameran Jepun khusus menampilkan karya seni yang ‘ditapis’ dibuka semula hari ini dua minggu selepas terpaksa menghentikannya berikutan ancaman membabitkan patung kontroversi wanita Korea Selatan yang menjadi hamba seks zaman perang.

Pameran The Aichi Triennale 2019 yang mempamerkan patung gadis memakai pakaian tradisional Korea sedang duduk di kerusi, ditutup awal Ogos lalu selepas dibuka tiga hari.

Ia dibuka semula hari ini selepas langkah keselamatan baharu dilaksanakan termasuk menyediakan panduan dan program pendidikan kepada pelawat, kata penganjur.

Pameran yang bertujuan mempamerkan kerja-kerja seni yang ‘ditapis’ di tempat lain itu pada asalnya dijadual untuk dipamerkan selama 75 hari. – AFP

Gambar yang diambil pada 3 Ogos 2019 menunjukkan patung seorang gadis dalam pakaian tradisional Korea duduk di atas sebuah kerusi, salah satu seni pameran Aichi Triennale 2019 di Muzium Galeri Seni wilayah Aichi di Nagoya. – AFP