Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun pasaran kedua terbesar dunia

    SHANGHAI, 3 Ogos – Pasaran saham China sebagai pasaran kedua terbesar dunia telah bertukar alih di tangan Jepun, setelah berdepan masalah tahun ini dengan ancaman perang perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan pertumbuhan ekonomi yang bergerak secara perlahan.

    Data yang diperoleh daripada Bloomberg News dalam pasaran awal hari ini menunjukkan nilai ekuiti di tanah besar itu menurun berbanding Jepun buat pertama kali sejak mengambil alih kedudukan di tempat kedua pada 2014.

    Angka menunjukkan saham China bernilai AS$6.09 trilion, berbanding AS$6.17 trilion di Jepun, manakala pasaran AS pula bernilai AS$31 trilion.

    Manakala pasaran global secara meluas berdepan ketakutan mengenai perang perdagangan antara dua ekonomi utama dunia, ekuiti China adalah antara yang menunjukkan penjejasan tahun ini, dengan tanda aras Indeks Komposit China lebih 16 peratus sejak awal Januari.

    Tekanan semakin bertambah minggu ini apabila Rumah Putih berkata ia sedang menimbangkan untuk menggandakan ancaman tarif ke atas import China yang bernilai AS$200 bilion.

    Washington telah pun mengenakan tarif ke atas barangan bernilai AS$34 bilion dan sedang menimbangkan untuk mengenakan tarif baharu sebanyak AS$16 bilion dalam beberapa minggu akan datang.

    “Kehilangan kedudukan kepada Jepun merupakan penjejasan disebabkan perang perdagangan,” kata ketua penyelidik di Pelaburan Antarbangsa CEB, Banny Lam di Hong Kong, kepada Bloomberg News.

    “Ukuran ekuiti Jepun secara relatifnya lebih stabil di sekitar kedudukan terkini namun kemunculan pasaran China telah menurun dari puncaknya tahun ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda