Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jepun peringati mangsa tsunami, nuklear

    TOKYO, 11 MAC – Penduduk di timur laut Jepun berdoa dan menjalankan pencarian bagi orang hilang hari ini, 11 tahun selepas gempa bumi dan tsunami menyebabkan 18,500 orang terbunuh atau hilang dan mencetuskan pencairan nuklear yang membinasakan di Fukushima.

    Tafakur seminit diadakan pada 2:46 petang waktu setempat, saat gempa berukuran 9 magnitud, antara yang paling kuat pernah direkodkan, melanda luar pesisir timur laut Jepun pada 11 Mac 2011.

    Televisyen-televisyen Jepun menyiarkan rakaman langsung orang ramai berdoa menghadap lautan, sementara pelajar-pelajar berdiri di atas tembok laut besar, dibina untuk melindungi daripada ombak besar, menerbangkan layang-layang bertulis dengan mesej-mesej harapan.

    Gempa bawah laut itu mencetuskan tsunami membawa maut yang memusnahkan seluruh komuniti pantai dan menyebabkan bencana nuklear paling buruk di dunia sejak insiden Chernobyl 1986.

    Tiada upacara kebangsaan yang dibiayai kerajaan tahun ini untuk memperingati kehilangan jiwa, kerana kerajaan telah menutup upacara tahunan itu setelah lebih satu dekad bencana itu berlalu.

    Bagaimanapun, keluarga-keluarga mangsa dan lebih daripada 33,000 orang bekas penduduk yang masih dianggap orang yang dipindahkan, yang sama ada diarahkan atau memilih untuk berpindah disebabkan radiasi, berhimpun untuk memperingati tarikh berkenaan.

    Di rantau Tokoku yang dimusnahkan akibat tsunami, sebilangan orang bertemu pada awal pagi di pesisir pantai untuk berdoa, sementara TV setempat menunjukkan orang ramai menjalankan pencarian tahunan bagi mereka yang masih hilang di kawasan Namie, Fukushima. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...