Jepun sedia suntik dos penggalak kepada semua

TOKYO, 29 OKT – Panel kementerian kesihatan Jepun kelmarin bersetuju mengenai rancangan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 dos ketiga, atau suntikan penggalak kepada semua penduduknya yang telah menerima dua dos vaksin.

Suntikan penggalak dijangka diberikan seawal lapan bulan selepas suntikan kedua selesai. Bila dos penggalak akan mula diberikan belum ditetapkan, namun dijangka ia bermula pada Disember dengan petugas perubatan, menjadi kumpulan pertama yang akan menerimanya mulai Februari. Menurut laporan Jiji Press, kementerian kesihatan dijadualkan memutuskan secara rasmi pelan suntikan penggalak pada November.

Ia berdasarkan kaji selidik menunjukkan kesan pencegahan jangkitan terhadap vaksin pengeluar ubat Pfizer Inc. turun 88 peratus kepada 47 peratus selepas lima bulan untuk semua individu berusia 12 tahun ke atas. – Bernama